• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Merancang Belanjawan

      Adakah Anda Layak Terima Bantuan Daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Kerajaan?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Merancang Belanjawan
      • Tarikh Jun 18, 2020
      Can You Get Aid from the Government’s Economic Recovery Plan? 1 - Multiply - Planning & Budgeting

      Dalam menjalani peringkat pemulihan krisis Covid-19, kerajaan telah mengumumkan beberapa program dan bantuan tambahan untuk membantu membina semula kehidupan kita dan ekonomi negara. Berikut senarai manfaat yang anda mungkin layak terima berdasarkan kategori tertentu: 

      Kategori Bantuan
      Pekerja yang bekerja dari rumah

      • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM5,000 bagi pekerja yang menerima telefon bimbit, komputer riba & tablet daripada majikan mereka untuk bekerja dari rumah (bermula 1 Julai 2020).
      • Pelepasan cukai pendapatan individu khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit dan tablet (bermula 1 Jun 2020).
      • Perlindungan oleh PERKESO di bawah Skim Bencana Pekerjaan bagi pekerja yang mengalami kecederaan semasa bekerja dari rumah.
      Ibu-bapa yang bekerja
      • e-baucar bernilai RM800 bagi setiap isi rumah untuk mendapatkan pengasuh secara dalam talian, sah sehingga hujung Ogos 2020.
      • Pelepasan cukai pendapatan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 bagi perbelanjaan penjagaan anak untuk pemfailan cukai tahun 2020 dan 2021.
      Orang awam
      • Pas perjalanan bulanan bernilai RM30 untuk penggunaan tanpa had MRT, LRT, Monorail, Bas Rapid Transit, RapidKL and bas pengantara MRT. 
      • Internet percuma 1Gb setiap hari bermula seawal 8 pagi sehingga 6 petang bagi para pengguna Maxis, Celcom, Digi, Telekom Malaysia (TM), U Mobile, Tune Talk dan Yoodoo.
      • Kredit e-wallet bernilai RM 50, serta baucar e-wallet bernilai RM50, pulangan wang tunai dan diskaun untuk perbelanjaan /fizikal yang ditawarkan kepada warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun. Sekiranya anda layak, anda perlu muat turun aplikasi jejak lokasi dan kesihatan Kementerian Kesihatan iaitu MySejahtera (yang bertujuan untuk membantu menghentikan sebaran Covid-19) untuk mendapat kredit dan manfaat e-wallet tersebut.
      Ibu tunggal dan orang kurang upaya
      • Bantuan tunai sekali beri sebanyak RM300 untuk golongan kurang upaya dan ibu tunggal yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ibu tunggal yang belum mendaftar boleh berbuat demikian di http://www.jkm.gov.my/ sehingga Disember 2020.
      Pemilikan rumah
      • Pengecualian duti setem bagi dokumen undang-undang pindah milik (surat cara pindah milik) dan perjanjian pinjaman untuk rumah yang berharga antara RM300,000 dan RM2.5 juta, dengan pemberian diskaun minimum 10% oleh pihak pemaju. Pengecualian bagi surat cara pindah milik ini terhad kepada RM1 juta pertama daripada harga rumah. Pengecualian penuh duti setem akan diberi untuk perjanjian pinjaman bagi rumah-rumah dalam lingkungan harga RM300,000-RM2.5 juta, yang perjanjian jual belinya ditandatangani mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021.
      • Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) untuk rumah yang dijual antara 1 Jun 2020 dan 31 Disember 2021 (terhad kepada tiga buah rumah bagi satu individu)
      • Menghapuskan had bayaran pendahuluan sebanyak 30% untuk pinjaman perumahan ketiga dan berikutnya bagi hartanah bernilai RM600,000 ke atas sehingga pengumuman lanjut dibuat.
      Pemilikan kereta
      • Pengecualian cukai jualan 100% untuk kereta yang pemasangannya dilakukan di Malaysia.
      • Pengecualian cukai sebanyak 50% untuk kereta import.
      Tidak berkerja Untuk menggalakkan syarikat-syarikat mengambil bekerja golongan yang menganggur, Kerajaan akan memberi insentif berikut kepada syarikat-syarikat tersebut:

      • Golongan belia: Insentif sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh sehingga 6 bulan bagi pengambilan belia lepasan sekolah dan lepasan universiti untuk menjalani perantisan.
      • Pekerja yang menganggur: 
        • Bawah 40 tahun: RM800 sebulan untuk tempoh sehingga 6 bulan untuk pengambilan mereka bekerja.
        • 40 tahun ke atas: RM1,000 sebulan untuk tempoh sehingga 6 bulan untuk pengambilan mereka bekerja. 
      • Elaun latihan sebanyak RM4,000 bagi setiap pekerja yang diberhentikan tanpa mendapat perlindungan Skim Bencana Pekerjaan.
      Pekerja Ekonomi Gig
      • Untuk memastikan pekerja ekonomi gig dilindungi, geran bernilai RM50 juta yang berpadanan akan diberikan kepada platform ekonomi gig yang mencarum sehingga RM162 kepada Skim Bencana Pekerjaan di bawah PERKESO serta mencarum sehingga RM250 setahun dalam skim i-Saraan KWSP.
      • MDEC akan menerima RM25 juta untuk program Global Online Workforce (GLOW) bagi melatih warga Malaysia menjana pendapatan dengan bekerja dari rumah untuk klien/pelanggan antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang GLOW, layari https://glowmalaysia.com/.
      B40
      • RM100 juta untuk program PEKA B40 bagi membiayai kos saringan kesihatan, bantuan peranti perubatan, insentif rawatan kanser dan subsidi pengangkutan untuk penjagaan kesihatan.

      Selain daripada bantuan yang disenaraikan di atas, pelan pemulihan ekonomi oleh kerajaan termasuk juga tawaran program peningkatan kemahiran (upskilling) dan pemberian semula latihan (reskilling), insentif untuk majikan mengambil bekerja atau mengekalkan pekerja mereka serta turut memberi bantuan kepada sektor-sektor ekonomi. Individu seperti anda mungkin boleh menerima bantuan secara tidak langsung.

      Anda boleh melayari https://penjana.treasury.gov.my/ untuk maklumat penuh tentang pelan pemulihan ini. Kami juga akan mengemas kini artikel ini apabila kerajaan memaklumkan butiran lanjut kelak.

      Tag:Merancang Belanjawan

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Memahami Kadar Faedah Efektif (EIR)
      Jun 18, 2020

      Seterusnya

      Mengenalpasti Penipuan Semasa Musim Covid-19
      Jun 18, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      ENG Budget Visuals 1
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22 Februari, 2023
      where-can-i-get-help-if-i-am-struggling-financially
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13 Februari, 2023
      Carousel – Budgeting 1-01
      Nak kembangkan simpanan anda?
      1 Disember, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Ready for Malaysia's Budget 2023? 3 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023
      Where can I get help if I'm struggling financially? 5 - Multiply - Blog, Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13Feb2023
      Want to grow your savings? 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      Ready to simplify your finances and achieve financ Ready to simplify your finances and achieve financial independence? 🔥💰 Swipe to learn more about the FIRE concept as part of our Multiply Simplifies series. Discover how you can retire early and live the life you want by following these simple steps.#FIRE #retirement #multiplysimplifies #financialfreedom #financialindependence #financemadesimple #financialliteracy #financialeducation #multiplymalaysia #malaysia
      EPF savings will always be enough for my retiremen EPF savings will always be enough for my retirement - do you think this is a fact or a myth? 🤔Check out our reel to find out the answer, and the recommended retirement savings amount you should have! 🏦#mythbusters #mythbusting #mythbustingmonday #retirement #retirementplanning #retirementsavings #retire #epf #kwsp #personalfinance #malaysia #financialliteracy
      Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Simplifies - your one-stop destination for all things finance! 💰💸 From budgeting to savings, we've got you covered. Today its about EPF, also known as KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Follow us for weekly bite-sized explanations that make financial concepts & elements easy to understand. #multiplysimplifies #financemadesimple #moneytalk #financialliteracy #financialeducation #kewangan #financemalaysia #epf #kwsp #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untu Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untuk suri rumah? 🤔 Tonton reel ini, biar kami jelaskan, dan beritahu pendapat anda di ruangan komen di bawah!👇#mythbustingmonday #multiplymalaysia #celikkewangan #pendidikankewangan #surirumah #wanitaperlutahu #duit #kewangan #wanita #isayang #kwsp

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      eight − 3 =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      6 − two =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!