• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    [email protected]
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Menguruskan Hutang

      Nak mohon kad kredit? Ini yang anda perlu tahu.

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Menguruskan Hutang
      • Tarikh Februari 27, 2020
      Malaysian Teenager Using Her Credit Card to Fuel Her Purchases Without Thinking of the consequences

      by the Money-Minded Millennial

      Memang seronok giler bila pertama kali dapat pegang kad kredit sendiri! Sekeping kad plastik kecil yang seperti ada kuasa ajaib, anda boleh keluarkannya daripada dompet dan swipe saja di kaunter bayaran bila ternampak sepasang kasut cantik yang anda mesti beli , atau game baru yang anda nak muat turun supaya anda boleh bermain online dengan rakan-rakan anda. Rasa macam ada wang percuma je, kan?

      Inilah yang saya nak beritahu—sebenarnya tak! Sebaliknya, disebabkan oleh kadar faedah dan fi bayaran lewat, perbelanjaan yang tak berhemah dengan menggunakan kad kredit boleh menjerumuskan anda ke dalam kancah hutang yang memudaratkan.

      Jangan salah faham; kad kredit ialah cara yang baik untuk meningkatkan skor kredit, menguruskan perbelanjaan dan mendapat ganjaran yang menarik —termasuk cash back dan diskaun hebat bagi produk tertentu. Tapi, kad kredit boleh jadi bahaya kalau anda asyik mengikut nafsu dan keinginan sampai tak mampu lagi mengawal perbelanjaan dengan baik.

      Dengan adanya kad kredit, saya boleh memiliki sesuatu yang saya sebenarnya tak mampu nak beli, dan serahkan tanggungjawab membayar kepada diri saya pada masa hadapan. Bila saya bersikap macam ni, saya asyik membeli benda-benda yang saya tak perlukan semata-mata untuk memenuhi kehendak hati. Ada jualan murah di Zara? Apa tunggu lagi? Makan tengahari, makan malam, percutian—semuanya dibayar dengan menggunakan sekeping kad plastik yang cukup menakjubkan ini.

      Pada setiap hujung bulan bila penyata kad kredit saya sampai, saya hanya akan membayar jumlah minimum yang diperlukan. Pada mulanya jumlah hutang saya taklah banyak mana pun. Tapi, saya terpaksa kembali ke alam realiti bila pada satu hari saya lihat hutang kad kredit saya dah melambung tinggi! Bila dah jadi macam tu, saya sedar yang saya tak boleh teruskan lagi tabiat berbahaya ini. Saya harus berubah dan fikirkan cara macam mana nak lepaskan diri daripada bebanan hutang yang banyak.

      Selepas merancang belanjawan dengan teliti dan berjimat-cermat selama berbulan-bulan, akhirnya saya dapat habiskan bayaran hutang kad kredit saya. Kena struggle juga nak settlekan! Berikut perkara-perkara yang saya sepatutnya sedar masa mula-mula menggunakan kad kredit dulu:

      • Kad kredit BUKAN wang percuma. Bila anda beli sesuatu dengan menggunakan kad kredit, anda sebenarnya membayar dengan wang yang dipinjam daripada bank, bukan wang anda sendiri. Jadi, ia sama seperti satu pinjaman, tapi dengan kadar faedah yang lebih tinggi daripada pinjaman bercagar.
      • Jangan sekali-kali guna kad kredit anda melebihi jumlah yang anda boleh bayar balik sepenuhnya pada akhir bulan. Bayaran bulanan minimum boleh jadi sangat rendah, tapi bila anda tak bayar baki kad kredit anda sepenuhnya, anda akan dikenakan caj kadar faedah yang sangat tinggi. Anda kena tentukan sendiri berapa had wang yang anda boleh belanjakan menggunakan kad kredit setiap bulan. Ini bergantung kepada berapa banyak wang yang anda mampu bayar setelah bil sampai di tangan anda.
      • Cuba kekalkan paras hutang yang paling rendah. Walaupun anda tak dapat bayar bil kad kredit anda sepenuhnya setiap bulan, cuba bayar sebanyak yang mungkin supaya caj faedah tak semakin bertambah.
      • Sentiasa bayar mengikut masa. Kalau anda terlambat bayar, anda akan dikenakan fi lewat bayar dan mungkin juga akan dikenakan penalti yang lain.

      Jadi, itulah dia — pengajaran yang berguna tentang kad kredit. Jangan salah faham—kad kredit banyak manfaatnya, terutamanya dalam situasi kecemasan dan untuk membeli apa-apa barangan yang mahal sikit sebelum gaji masuk. Tapi kita tak boleh gunakannya dengan sesuka hati tanpa memikirkan jumlah hutang yang perlu dibayar di kemudian hari. Saya masih lagi menggunakan kad kredit saya, tapi sekarang saya jauh lebih bijak dan berhati-hati apabila menggunakannya.

      Tag:Menguruskan Hutang

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Seterusnya

      Perlukah saya buat pinjaman peribadi?
      Mac 13, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      Recover-after-pandemicENG
      4 Cara Untuk Memulihkan Kedudukan Kewangan Anda Selepas Pandemik
      8 Februari, 2022
      Flood Relief_Image 1
      Terkesan akibat banjir baru-baru ini? Ini panduan lengkap tentang bantuan dan pelepasan yang bermanfaat untuk anda
      21 Januari, 2022
      whats-the-best-way-to-pay-for-a-motorbike
      Apa Cara Terbaik Membuat Bayaran Untuk Pembelian Motosikal?
      13 Oktober, 2021

      Cari

      Artikel Terkini

      How Do You Respond to Inflation? 2 - Multiply - Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Bagaimana Anda Boleh Respon Kepada Inflasi?
      21Jul2022
      Should I Get A Motorcycle 4 - Multiply - Buying a Vehicle
      Patutkah Saya Beli Sebuah Motosikal
      02Jun2022
      5 Tips to Increase Your Salary 6 - Multiply - Planning & Budgeting
      5 Tip Untuk Dapatkan Kenaikan Gaji
      23Mei2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      [email protected]

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      We are looking for people who are eager to make im We are looking for people who are eager to make impact in the nonprofit space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply.If you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      We’re looking for people who are eager to create We’re looking for people who are eager to create movements in the social impact space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply and more.So if you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on the bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      Want to own a credit card? Here's what you should Want to own a credit card? Here's what you should consider before becoming a credit card user. To learn more check out the link in our bio.
      Faster, easier, cheaper. But you will have to fact Faster, easier, cheaper. But you will have to factor in key aspects of your situation before deciding on a motorcycle.Find out what they are in our latest infographic! Click the link in our bio to check it out.

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      four + 10 =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      19 − fifteen =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!