Terkesan akibat banjir baru-baru ini? Ini panduan lengkap tentang bantuan dan pelepasan yang bermanfaat untuk anda
Bencana banjir besar yang melanda beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini adalah antara yang paling teruk pernah dialami oleh negara kita. Anggaran kerosakan isi rumah, tempat kediaman serta kerugian yang ditanggung oleh perniagaan dan industri tempatan, termasuk kemusnahan kedai-kedai, gudang-gudang dan kilang-kilang, mencecah angka berbilion ringgit.
Jika anda turut terjejas akibat banjir, terdapat program bantuan dan pelepasan banjir penting yang telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan, sektor swasta dan pelbagai organisasi untuk membantu mereka yang terkesan. Semua langkah-langkah ini bertujuan untuk membantu anda bangun semula dan menjalani kehidupan yang normal serta cuba memastikan bahawa aspirasi anda sama ada dari segi pelaburan perniagaan, pendidikan dan lain-lain masih dapat diteruskan.
Multiply telah menyusun satu senarai program bantuan dan pelepasan untuk memudahkan anda membuat rujukan.
Pelbagai program bantuan ini disediakan untuk individu (rakyat Malaysia atau pemastautin tetap) dan juga syarikat (perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
Apabila maklumat seperti cara untuk memohon dan tarikh tutup permohonan tidak disertakan di sini, sila hubungi syarikat, bank atau badan Kerajaan yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Dari masa ke masa, artikel ini akan dikemas kini apabila maklumat yang terkini diperoleh, jadi sila rujuk semula kepada artikel ini secara berkala.
Badan Kerajaan/ Syarikat |
Jenis Bantuan | Terpakai kepada | Cara Memohon |
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) |
- Moratorium pinjaman selama tiga bulan |
Individu |
Klik di sini untuk memohon
|
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) |
- Tarikh tutup untuk membuat pembayaran anggaran cukai kena dibayar (CP204) dilanjutkan dari Disember 2021 ke 31 Januari 2022 |
Syarikat |
Buat permohonan menerusi email kepada anggarancukai@HASIL.GOV.MY |
- Bayaran ansuran untuk siasatan, audit dan fi guaman sivil untuk Januari 2022 ditunda ke Februari 2022 |
Individu & Syarikat |
Klik di sini |
|
- Bayaran oleh majikan bagi potongan cukai bulanan (PCB) pekerja dan/atau CP38 dilanjutkan dari 31 Disember 2021 ke 31 Januari 2022 |
|||
- Pembayar cukai dibenarkan memohon penangguhan bayaran cukai ke tempoh yang lebih sesuai bagi mereka |
|||
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) |
- Pengecualian fi penggantian untuk lesen memandu, cukai jalan dan Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate, VOC) yang hilang atau rosak akibat banjir |
Individu |
Buat laporan polis tentang dokumen yang hilang/rosak dan dapatkan dokumen ganti di mana-mana pejabat JPJ |
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) |
- Penggantian percuma MyKad dan dokumen peribadi yang hilang atau rosak akibat banjir |
Individu |
Kunjungi mana-mana pejabat JPN |
Jabatan Imigresen |
- Penggantian percuma pasport yang hilang atau rosak akibat banjir |
Individu |
Kunjungi mana-mana pejabat Jabatan Imigresen |
Kementerian Pendidikan |
- Penggantian percuma buku teks sekolah yang hilang atau rosak akibat banjir |
Individu |
n/a |
- Pelajar yang pakaian sekolahnya rosak atau hilang dikecualikan daripada perlu memakai pakaian sekolah |
n/a |
||
Telekom Malaysia |
- Penggantian percuma peralatan premis pelanggan (Customer Premises Equipment, CPE) dan komponen rangkaian unifi yang mengalami kerosakan akibat banjir |
Individu & Syarikat |
Dial 100 atau hubungi unifi melalui Live Chat di chatbot.unifi.com.my |
- Pengecualian caj langganan selama dua minggu |
|||
- Lanjutan terma kredit kepada 60 hari |
|||
Tenaga Nasional Bhd (TNB) |
- Rebat bil elektrik 100% sekali beri (‘one-off’) untuk bulan Disember bagi pelanggan kediaman domestik yang terjejas |
Individu |
Automatik |
- Pemeriksaan pendawaian secara percuma untuk rumah-rumah kediaman komuniti B40 |
Tidak dinyatakan |
||
Air Selangor |
- Pengecualian pembayaran bil air sebulan untuk bulan Januari 2022 secara automatik bagi kediaman domestik (akaun domestik) di kawasan-kawasan yang terjejas: https://www.airselangor.com/wp-content/uploads/2021/12/Lampiran-A-17.pdf - Untuk mendapatkan maklumat lanjut: |
Individu |
Automatik
|
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda) |
- Rebat sebanyak RM500 untuk pembelian barangan elektrik di kedai-kedai terpilih atau platform e-dagang yang berdaftar di bawah program SAVE. Klik di sini untuk senarai kedai-kedai yang mengambil bahagian |
Individu |
Buat pembelian dan tebus rebat di kedai yang berdaftar atau buat pembelian secara dalam talian melalui Lazada, Shopee atau PGMall. |
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (Implementation Coordination Unit, ICU), Jabatan Perdana Menteri |
- Bantuan tunai sebanyak RM2,500 untuk membantu mangsa banjir membeli barang-barang keperluan rumah |
Individu |
Hubungi pusat kawalan operasi bencana (rujuk di sini untuk lihat senarai) |
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) |
- Bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM1,000 (Bantuan Wang Ihsan) oleh Kerajaan untuk setiap isi rumah yang terjejas |
Individu |
Buat permohonan melalui pejabat daerah. Mereka yang telah dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) boleh merujuk kepada kakitangan di situ. Rujuk di sini untuk senarai penuh soalan lazim (FAQ). |
- Bantuan sebanyak RM10,000 untuk waris-waris individu yang meninggal dunia akibat banjir. |
|||
Kementerian Kewangan |
- Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia melayakkan pengurangan sebanyak RM1,000 daripada jumlah keseluruhan kos pembaikan kenderaan atau penggantian kepada kenderaan baharu. Rujuk di sini untuk senarai syarikat automotif yang mengambil bahagian. |
Individu |
Tidak perlu membuat permohonan. Tebus baucar di pusat servis atau pengedar sah syarikat automotif yang terlibat. |
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (untuk kawasan bandar) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (untuk kawasan luar bandar) |
- Peruntukan antara RM5,000 dengan RM15,000 untuk membaiki setiap rumah yang terjejas dan RM56,000 untuk membina rumah baharu. |
Individu |
Tidak dinyatakan |
Kementerian Kewangan telah menyediakan satu laman web yang mengandungi infografik tentang bantuan dan pelepasan yang boleh didapati, dan ia dikemas kini dari masa ke masa. Klik di sini untuk melayari laman web tersebut. Ia mungkin tidak dapat diakses pada waktu-waktu tertentu oleh sebab bilangan pengunjung yang sangat ramai.
Hampir semua bantuan dan pelepasan yang disenaraikan di sini terpakai kepada individu dan syarikat, melainkan jika dinyatakan sebaliknya. Anda hanya perlu hubungi bank anda atau kunjungi mana-mana cawangan bank anda. Untuk syarikat pula, anda boleh hubungi pengurus perhubungan yang berkenaan.
Bank |
Jenis Bantuan |
Terpakai kepada |
Maybank |
|
Individu & Syarikat |
CIMB Bank |
|
Individu & Syarikat |
Public Bank |
|
Individu & Syarikat |
RHB Bank |
|
Individu |
RHB Bank |
|
Hanya untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) |
Hong Leong Bank |
|
Individu & Syarikat |
AmBank |
|
Individu & Syarikat |
Bank Islam |
|
Individu & Syarikat |
Alliance Bank |
- Moratorium pinjaman sehingga enam bulan dan pengubahsuaian bayaran balik pinjaman |
Individu & Syarikat |
- Caj fi dan kewangan dikecualikan untuk perkhidmatan terpilih seperti penggantian kad debit dan |
|
|
Bank Muamalat |
|
Individu & Syarikat |
Bank Simpanan Nasional |
|
Individu |
Affin Bank |
|
Individu & Syarikat |
UOB Bank |
|
Individu & Syarikat |
Bank Rakyat |
|
Individu & Syarikat |
HSBC Bank |
|
Individu & Syarikat |
Citi Malaysia |
|
Individu & Syarikat |
Jenama | Jenis Bantuan | Tarikh Tutup |
Perodua |
|
Tidak dinyatakan |
Honda |
|
Hubungi pusat servis sah terdekat sebelum 31 Januari 2022 |
Toyota |
|
Tidak dinyatakan |
Proton |
|
Tidak dinyatakan |
Nissan (Edaran Tan Chong Motor & Tan Chong Ekspres Auto Servis) |
|
Tidak dinyatakan |
Mitsubishi |
|
Sehingga 20 Januari 2022 |
Daihatsu |
|
Sehingga 28 Februari 2022 |
Isuzu |
|
Sehingga 22 Januari 2022 |
UD Trucks (Tan Chong Industrial Equipment) |
|
Sehingga 31 Januari 2022 |
Hino Motors |
|
Tidak dinyatakan |
Honda |
|
Tidak dinyatakan |
MForce (SYM, Benelli, Wmoto, SM Sport, Keeway dan motosikal Brixton) |
|
Sehingga 15 Januari 2022 |
Sebagai alternatif, anda boleh juga membuat pertanyaan di bengkel paling dekat sama ada mereka menawarkan apa-apa rebat atau perkhidmatan percuma atas dasar ingin membantu mangsa banjir.
Diskaun oleh ahli Malaysian Automotive Association (MAA)
Syarikat yang menjadi ahli MAA akan menawarkan diskaun sekurang-kurangnya sebanyak 25% ke atas jumlah kos kerja-kerja pembaikan (termasuk alat ganti dan caj tenaga kerja) serta perkhidmatan tunda percuma ke pusat servis sah yang terdekat untuk kenderaan yang rosak akibat banjir
Rujuk di sini untuk melihat senarai syarikat ahli MAA.
Tuntutan Insurans Dipercepatkan
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah mengumumkan bahawa penyelesaian tuntutan akan dipercepatkan dengan pengecualian diberikan terhadap syarat-syarat tertentu. Pemegang polisi dinasihatkan untuk menghubungi pihak penanggung insurans atau ejen insurans mereka.
Pelepasan Pembayaran Premium
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Life Insurance Association of Malaysia, LIAM) dan MTA telah mengumumkan beberapa langkah untuk membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir.
- Tambahan garis masa selama beberapa bulan untuk pembayaran premium/sumbangan
- Penstrukturan semula premium/mod pembayaran sumbangan, daripada pembayaran secara tahunan kepada secara bulanan
- Melanjutkan tempoh tangguh (selalunya 30 hari) kepada tempoh masa yang lebih panjang untuk pembayaran premium/sumbangan
- Pengurangan atau pengecualian caj faedah untuk polisi/sijil pinjaman loan dan polisi/sijil di bawah pilihan Pinjaman Premium Automatik (Automatic Premium Loan, APL)
- Pengecualian kos percetakan untuk polisi insurans/sijil takaful/penggantian kad perubatan
Nota: Pemegang polisi/ sijil hendaklah menghubungi syarikat insurans/takaful mereka untuk memperoleh butiran tentang pelepasan yang ditawarkan oleh penanggung insurans hayat mereka
Dana Bantuan Banjir oleh Penanggung Insurans
Ahli-ahli PIAM telah mendermakan sebanyak RM2.43 juta kepada dana ini sebagai satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility, CSR). Bantuan akan diberikan dalam bentuk pembersihan kenderaan di bengkel-bengkel (bukan pembaikan), terhad sekali beri bagi setiap subsidi kenderaan.
- RM500 untuk kereta dan kenderaan komersial
- RM100 untuk motosikal
Tuntutan ini tidak akan memberi kesan kepada Diskaun Tanpa Tuntutan (No Claim Discount, NCD) anda. Klik di sini untuk menghantar tuntutan anda.
Dana ini akan ditutup apabila jumlah wang sebanyak RM2.43 juta telah habis digunakan.
|
Saiz Pembiayaan |
Kadar Pembiayaan |
Tempoh |
Ketersediaan |
Cara memohon |
Kemudahan Bantuan Bencana (Disaster Relief Facility, DRF) Kemudahan pembiayaan yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan perusahaan mikro yang terjejas akibat banjir. Tujuan pembiayaan ialah untuk pembaikan dan penggantian aset bagi kegunaan perniagaan dan modal kerja |
Sehingga RM150,000 bagi perusahaan mikro; sehingga RM700,000 bagi setiap PKS |
Sehingga 3.5% setahun, termasuk fi jaminan |
Sehingga 7 tahun, termasuk satu tempoh moratorium selama 6 bulan bagi kedua-dua bayaran prinsipal dan faedah/keuntungan |
Dari 27 Disember 2021 sehingga penggunaan penuh dicapai |
Mohon secara terus kepada institusi kewangan yang mengambil bahagian yang dikawal selia oleh BNM, contohnya bank komersial, bank Islam dan institusi pembangunan kewangan |
Skim Pembiayaan Langsung BizBina-i (BizBina-I Direct Financing Scheme) Sebuah skim pembiayaan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) untuk PMKS yang terjejas akibat banjir. |
Daripada RM20,000 sehingga RM200,000 |
3.5% setahun |
5 tahun dan 6 bulan, termasuk moratorium 6 bulan atas prinsipal dan keuntungan |
Tidak dinyatakan |
Klik di sini |
Dana Kecemasan SME (SME Emergency Fund, SMEEF) Dana ini disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui SME Corp Malaysia dan diuruskan oleh MIDF. Ini adalah pembiayaan pinjaman mudah untuk pembelian jentera mesin dan peralatan, pembersihan premis dan keperluan modal kerja seperti pembelian bahan mentah dan barangan guna habis, dengan margin pembiayaan sehingga 90%. |
Daripada RM50,000 sehingga RM100,000 |
3% setahun kiraan atas baki tahunan |
Sehingga 5 tahun, tidak termasuk tempoh tangguh sehingga 6 bulan |
Tidak dinyatakan |
Hubungi MIDF Business Advisory di 1-300-88-6433 atau e-mel GrowYourBusiness@midf.com.my |
Pembiayaan Pengukuhan SME (SME Revitalisation Financing, SMERF) Dana ini disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui SME Corp Malaysia dan diuruskan oleh MIDF bagi memudahkan urusan PKS dan perusahaan mikro yang terjejas akibat Covid-19 atau banjir. |
Daripada RM50,000 sehingga RM250,000 |
3% setahun |
Maksimum 7 tahun, termasuk tempoh maksimum moratorium dan tempoh tangguh |
Tidak dinyatakan |
Hubungi MIDF Business Advisory di 1-300-88-6433 atau e-mel GrowYourBusiness@midf.com.my |
Inisiatif Pembiayaan Digital Satu inisiatif pembiayaan jangka pendek oleh SME Corp Malaysia melalui satu platform digital, dengan gandingan kerjasama microLEAP |
Daripada RM50,000 sehingga RM500,000 |
2% setahun |
Sehingga 36 bulan |
Tidak dinyatakan |
|
Pembiayaan Pemulihan Banjir Ini merupakan pembiayaan oleh TEKUN Nasional, rakan pembangunan strategik untuk usahawan Bumiputera yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi |
Sehingga RM100,000 |
Serendah 0% setahun |
Sehingga 10 tahun, dengan tempoh moratorium sehingga 12 bulan |
Akan dikemas kini oleh Kementerian Kewangan atau TEKUN. |
PUNB Moratorium
Terdapat pemberian moratorium atas prinsipal dan keuntungan sehingga 6 bulan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd bermula 1 Januari 2022.
Bantuan SME Bank
SME Bank menawarkan pengecualian bayaran sewa selama dua bulan untuk penyewa-penyewa SME Bank di Entrepreneur Premises Complex yang terjejas akibat banjir.
SME Bank turut menawarkan moratorium pinjaman selama enam bulan serta penjadualan semula pinjaman dan pembiayaan sehingga RM500,000 di bawah DRF.
Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan, hubungi bahagian khidmat pelanggan bank di 03-26037700 atau hantarkan e-mel kepada mereka di customercare@smebank.com.my. Ataupun, klik di sini untuk membuat janji temu di cawangan pilihan anda.
Anda dapati artikel ini berguna? Hantar e-mel kepada kami di hello@multiply.org.my dan beritahu kami jika anda inginkan maklumat lanjut tentang mana-mana pemberian bantuan kewangan yang lain, ataupun jika anda mempunyai maklumat baru yang ingin anda kongsikan bersama kami.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan berita terkini serta membaca topik-topik menarik tentang kewangan peribadi.