6 Tip Berpindah Ke Kediaman Sendiri
Antara perkara paling seronok bila melangkah ke alam dewasa ialah peluang untuk berpindah keluar dari rumah ibu-bapa dan tinggal di rumah sendiri. Mungkin anda perlu duduk berhampiran dengan tempat kerja ataupun anda sekadar ingin merasai nikmat kebebasan setelah sekian lama hidup sebumbung dengan ibu-bapa (dan kena ikut peraturan mereka!). Apa pun, sila baca dulu 6 tip kami sebelum anda membuat keputusan untuk berpindah.
- Sewa atau beli?
Keputusan untuk berpindah selalunya bergantung kepada kemampuan anda. Keputusan ini juga melibatkan pertimbangan sama ada anda nak membeli atau menyewa rumah.
Mulakan dengan meneliti belanjawan anda dan lihat berapa banyak wang yang anda boleh asingkan untuk membayar sewa/pinjaman rumah (kalau anda tak ada belanjawan, baca panduan kami kami tentang cara merangka belanjawan).
Selepas itu, cuba tinjau di portal hartanah dalam talian atau iklan dalam akhbar untuk menganggar jumlah wang yang anda perlukan untuk membeli atau menyewa rumah di lokasi idaman anda (jangan lupa untuk sema kos pendahuluan membeli rumah, dan pastikan anda mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung kos tersebut!). baca panduan kami untuk belajar semua yang anda perlu tahu tentang membeli rumah, atau tonton video kami tentang mengapa anda patut membeli rumah. Kalau anda hanya nak menyewa rumah, teruskan ke butiran 2. - Apakah aturan kediaman yang paling sesuai untuk anda?
Tinggal sendirian atau berkongsi? Dilengkapi perabot atau tak? Adakah ruang dapur dilengkapi dengan dapur memasak? Ini antara perkara yang perlu anda fikirkan sebelum menyewa rumah sendiri.
Teman sebilik atau teman serumah dapat berkongsi kos sewa rumah dan bil utiliti dengan anda, sementara rumah tanpa perabot selalunya lebih murah untuk disewa. Anda dapat lihat bagaimana keputusan seperti ini akan mempengaruhi kos sewa/pindah rumah, jadi sangat penting untuk anda tahu jenis kediaman yang anda mahukan sebelum membuat pilihan.
Gunakan senarai semak di bawah untuk membantu anda membuat keputusan.
Kriteria | Catatan |
Tanpa Perabot atau Berperabot | |
Bilangan Bilik | |
Bilangan Bilik Air | |
Jenis Dapur (Basah/Kering) |
- 3. Buat senarai semak yang terperinci
Sementara anda memikirkan tentang butiran 2, buat senarai semak yang boleh membantu anda memilih jenis rumah sewa. Senarai semak anda patut mengambil kira tiga perkara ini:
i) Kos: Kos berpindah terbahagi kepada kos pendahuluan dan kos bulanan. Kos pendahuluan termasuklah perkara seperti kos memindahkan barang dan kos membeli perabot rumah.
Next are your monthly costs like rent and utilities. Always make sure the rent of the property you choose is within your budget.
ii) Kelengkapan yang ada di rumah sewa: Selain dijadikan sebagai tempat berlindung, senaraikan semua item yang anda mahukan di tempat tinggal anda, contohnya penyaman udara, pemanas air, sambungan Internet atau perkakas dapur seperti dapur masak dan peti sejuk. Senaraikan perkara yang anda benar-benar perlukan saja, supaya anda tak keluarkan wang berlebihan untuk tinggal di tempat seperti kondominium dengan kolam renang yang anda mungkin hanya akan gunakan setahun sekali.
iii)Lokasi: Lokasi tempat tinggal ialah faktor yang mustahak untuk diambil kira tapi ingat, lokasi juga mempengaruhi kos rumah sewa. Kalau anda memilih kawasan yang berhampiran dengan tempat kerja atau mempunyai jaringan pengangkutan awam yang baik, anda mungkin perlu membayar sewa yang lebih mahal. Atau anda boleh pilih lokasi yang lebih murah tapi terpaksa menghabiskan banyak masa untuk ke tempat kerja setiap hari. Kalau anda tak kisah nak berulang alik, pilihan ini mungkin lebih baik untuk kewangan anda.
Klik di sini untuk gunakan sampel senarai semak kami.
- Cuba Dulu
Kereta bukanlah satu-satunya perkara yang boleh dipandu uji. Kalau anda tak pasti tentang jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk tinggal sendiri, apa kata anda buat percubaan dulu!
Misalnya, kalau anda ingin menyewa kediaman dengan harga sewa RM500 sebulan, anda boleh cuba ketepikan wang sebanyak RM500 setiap bulan selama beberapa bulan, serta beberapa ratus ringgit untuk bil dan kecemasan, dan lihat sama ada anda boleh menampung hidup anda dengan baki wang yang tinggal.
Kalau anda mampu menyara diri dengan wang yang tinggal selepas mengetepikan anggaran kos bulanan, anda boleh rasa yakin yang anda sudah boleh hidup sendiri. Wang yang diketepikan selama ini bolehlah digunakan untuk membayar duit muka sewa dan lain-lain kos untuk berpindah. - Tinjau keliling
Bandingkan dulu harga sewa sebelum memilih tempat tinggal. Anda perlu bersikap realistik tentang jenis kediaman yang sesuai dengan kemampuan anda. Ambil masa untuk meninjau di beberapa tempat untuk mendapatkan tawaran terbaik. Sesetengah platform dalam talian memberi anda pilihan menyewa rumah tanpa meletakkan duit muka, dan ini dapat menjimatkan kos pendahuluan anda.
- Semak perjanjian sewa anda
Perjanjian sewa adalah suatu kontrak antara anda dengan tuan rumah. Perjanjian ini mengandungi maklumat tentang rumah sewa, bayaran untuk sewa bulanan dan duit muka, tempoh sewa yang dibenarkan dan peraturan lain seperti perkara yang anda boleh dan tak boleh buat. Ia juga menjelaskan tanggungjawab tuan rumah anda, contohnya menampung kos membaiki kerosakan rumah.
Anda perlu baca perjanjian sewa dengan teliti sebelum menurunkan tandatangan dan pastikan anda betul-betul faham tentang peraturan yang perlu anda patuhi semasa tinggal di rumah sewa anda.
Berpindah memang agak memenatkan bila anda kena buat semua keputusan ini. Namun, anda tentu akan berasa kurang tertekan kalau anda dah buat perancangan yang rapi. Jadi, gunakanlah senarai semak dan ikut belanjawan yang anda tetapkan! Untuk belajar lebih lanjut tentang perancangan dan belanjawan, klik di sini.