5 Tip Jimat Duit Menghias Rumah
Sejak wabak COVID-19 melanda, mesti ramai yang rasa lebih selamat duduk di rumah saja kan? Ramai juga yang bekerja dari rumah dan tak masuk ke pejabat. Ada tak rasa macam bosan menghadap dinding dan perabot yang sama saja setiap hari? Mungkin dah tiba masanya anda suntik sedikit perubahan pada dekorasi rumah anda. Namun, dengan keadaan ekonomi yang tak berapa menentu sekarang ni, mungkin anda pun tak ada peruntukan yang besar untuk menghias rumah.
Kami faham keadaan anda, jadi kami kongsikan di sini lima cara anda boleh menghias dan menaikkan seri rumah anda walaupun dengan belanjawan yang kecil:
- Barang terpakai pilihan yang terbaik!
Masih teringat dengan rak buku baru yang anda nampak di kedai tempoh hari? Lupakan sajalah! Sebaliknya, cuba layari laman web seperti Carousell ataupun kumpulan Facebook tertentu untuk cari barang-barang perabot terpakai yang anda boleh beli pada harga yang jauh lebih murah daripada harga asal! Kebanyakan item ini masih baru, jadi anda kena rajin perhatikan iklan-iklan jualan murah barangan terpakai dan cuba cari barang-barang yang kualitinya paling baik. Cari perkataan ‘gently used’ or ‘pre-loved’, yang selalunya menandakan item yang ingin dijual masih dalam keadaan baik.
Anda boleh juga bertanya kepada kawan-kawan anda kalau mereka ada barangan terpakai yang mereka nak jual. Mana tahu, anda boleh dapatkan apa yang anda mahu pada harga kawan-kawan! - Tak payah pergi kedai mahal, cari dekat tempat murah saja
Mungkin dinding di ruang tamu anda akan nampak lebih cantik dengan bingkai gambar yang baru? Atau mungkin anda boleh letak sebuah pasu bunga di tengah-tengah meja makan? Anda boleh cari semua barang hiasan ni dan macam-macam lagi di kedai harga murah yang ada di merata-rata tempat, contohnya seperti kedai MR.DIY, Mr. Dollar, Eco Shop dan banyak lagi. - Kunjungi kedai-kedai di pinggir bandar
Kadang-kadang kedai yang lebih jauh dari kota atau pusat bandar akan meletakkan harga yang lebih murah untuk perabot, perkakas dan item hiasan rumah yang dijual. Jadi, anda boleh cuba luangkan masa untuk pergi ke kedai-kedai pembekal/pembuat perabot ini dan cuba dapatkan harga yang lebih murah daripada mereka. - Buat je sendiri!
Tip paling efektif untuk jimat wang? Setakat yang boleh, buat semuanya sendiri! Nak ada pasu hiasan untuk cantikkan kabinet tv anda? Beli pokok yang anda mahu di nurseri dan sebuah pasu yang cantik, kemudian pindahkan sendiri pokok itu ke dalam pasu tersebut. Dengan melakukannya sendiri, anda dah boleh jimat RM50. Banyak juga tu kan! - Periksa kalau ada jualan murah
Tunggu jualan murah seterusnya, seperti jualan 10.10, jualan 11.11 dan/atau expo rumah. Luangkan sedikit masa untuk membeli-belah semasa kempen promosi ini berlangsung– dengan cara ini, anda pasti dapat menikmati penjimatan yang besar untuk pelbagai barangan hiasan rumah.
Itulah dia lima tip jimat duit menghias rumah daripada kami! Cuba amalkan dan lihat berapa banyak wang yang anda boleh jimat.
Kalau anda ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana untuk merancang, membuat belanjawan dan menyimpan duit, bacalah panduan kami tentang perancangan belanjawan dan simpanan kecemasan. Gunakan juga kalkulator simpanan kami dan lihat bagaimana simpanan yang sedikit lama-lama boleh menjadi bukit!