4 Cara Elakkan Berbelanja Berlebihan Semasa Ramadan dan Hari Raya Ini
Bulan Ramadan tiba lagi! Memandangkan tahun ini warga Malaysia pertama kali dibenarkan melakukan pelbagai aktiviti tanpa kebanyakan sekatan COVID-19, ini mungkin akan menyebabkan kita berbelanja lebih daripada yang sepatutnya.
Jadi, kami kongsikan di sini beberapa tip mudah untuk membantu anda berbelanja dengan berhemah pada musim Ramadan dan Hari Raya.
- Rancang perbelanjaan anda lebih awal
Dalam sebuah tinjauan Google yang dibuat dalam kalangan negara-negara majoriti Islam, 83% keluarga didapati mengubah tabiat pengambilan makanan mereka dalam bulan Ramadan (bil makanan meningkat sebanyak 50-100%)1. Statistik menunjukkan bahawa rakyat Malaysia juga merancang untuk berbelanja pada tahun ini, kebanyakannya untuk membeli pakaian dan barangan rumah.2Maka, merancang perbelanjaan akan membantu mencegah kita daripada menghabiskan wang secara berlebihan.
Begini caranya:
- Buat satu senarai rancangan perbelanjaan anda (berdasarkan kehendak dan keperluananda) serta jumlah wang yang anda mampu peruntukkan untuk tujuan ini.
- Semak semula senarai anda dan lihat jika ada perbelanjaan yang anda boleh potong.
- Pantau perbelanjaan anda setiap minggu untuk pastikan yang anda tidak tersasar daripada belanjawan anda.
Jika anda dapati anda sudah terlebih belanja, cari jalan lain untuk mengurangkan perbelanjaan supaya anda masih dapat mematuhi belanjawan bulanan anda. Anda boleh gunakan contoh di bawah untuk membantu anda:
Perlukan bantuan? Gunakan kalkulator belanjawan bulanan kami
Setelah merangka belanjawan, apa yang anda perlu ingat ketika berbelanja?
- Jangan bersaing dengan orang lain (tekanan sosial)
Media sosial dan tekanan dari rakan sebaya boleh mendorong anda untuk berbelanja lebih daripada yang sepatutnya ketika musim perayaan ini.
Kawan membeli set ruang tamu yang baru untuk melayan tetamu dalam bulan
Jika jenis perbelanjaan seperti ini melebihi belanjawan anda, jangan rasa tertekan untuk mengikut trend yang anda lihat.
- Anda boleh cari set baju Raya yang sedondon pada harga yang lebih murah di aplikasi membeli-belah.
- Beli satu atau dua barangan rumah yang cukup menarik untuk menjadikan rumah anda kelihatan segar semasa musim perayaan ini.
Ada pelbagai cara untuk anda dan keluarga anda menyambut ketibaan Hari Raya dengan penuh meriah dan gembira.
- Jangan buat pinjaman atau guna wang simpanan anda.
Ada sesetengah orang sanggup mencari jalan untuk menambah wang perbelanjaan semata-mata untuk menyambut Hari Raya, tanpa memikirkan kesannya. Elakkan daripada:
- Memohon Pengeluaran Khas KWSP sekiranya tiada keperluan tinggi
- Mencapai jumlah maksimum kad kredit yang boleh anda gunakan atau
- Meminjam wang daripada ahli keluarga atau rakan-rakan
Anda perlu ingat, tidak berbaloi untuk kita menanggung masalah yang lebih besar pada masa depan, hanya untuk berseronok seketika dalam jangka masa pendek.
- Pembayaran/hutang yang dikenakan faedah tinggi
- Simpanan persaraan atau simpanan jangka pendek yang tidak mencukupi
- Perhubungan menjadi tegang dan bermasalah
Sentiasalah beringat tentang belanjawan anda. Menikmati masa yang berkualiti dengan ahli keluarga dan rakan-rakan tidak bergantung kepada jumlah wang yang boleh anda belanjakan pada musim ini.
- Gunakan promosi Ramadan dan Raya untuk menikmati kelebihan
Kedai, restoran dan aplikasi membeli-belah selalunya akan memberi tawaran hebat semasa Ramadan menjelang Hari Raya. Cuba tinjau pilihan tawaran yang boleh membantu anda mendapatkan lebih nilai untuk wang.
Contoh: Notifikasi melalui media sosial bank atau kedai kegemaran anda.
- Promosi e-wallet/kad
- Diskaun istimewa dan tawaran pukal (bundle)
Namun, anda perlu berhati-hati dan elakkan membeli barangan yang tidak perlu hanya kerana terdapat promosi yang menarik. Jangan buat ‘hutang’ yang kita tak mampu nak langsaikan nanti.
- Baca terma dan syarat bagi promosi tertentu dengan teliti, seperti skim Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later, BNPL).
- Tutup ciri notifikasi pada aplikasi dalam talian anda untuk menghindarkan godaan.
Persiapan untuk Ramadan and Hari Raya boleh dilakukan tanpa perlu mengosongkan dompet anda.
Kami faham, anda pasti teruja untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya dengan meriah tahun ini setelah hampir dua tahun kita hidup dalam suasana ‘lockdown’. Tapi anda perlu beringat untuk pantau perbelanjaan anda, kerana memang tidak berbaloi untuk berhutang bagi tempoh yang panjang hanya untuk menikmati ganjaran jangka pendek saja. Menyambut Hari Raya secara sederhana tidak akan mengurangkan keseronokan meraikan hari istimewa bersama keluarga dan sahabat yang dikasihi.
Jadi, pastikan anda gunakan semua tip yang kami berikan untuk membantu anda mengawal perbelanjaan pada musim ini
Multiply juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada para pembaca kami yang beragama Islam dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
1https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2021/04/684573/ramadan-effect-shows-religion-goes-hand-hand-economy
2https://business.yougov.com/content/41763-malaysia-ramadan-shopping-trends-2022