• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    [email protected]
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Gaya Hidup

      3 Tip Menabung untuk Membeli Komputer Permainan Canggih

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Gaya Hidup
      • Tarikh Oktober 7, 2020
      3 Tips for Saving for the Ultimate Gaming PC 1 - Multiply - Lifestyle

      Kalau anda salah seorang daripada rakyat Malaysia yang kemaruk bermain PUBG di telefon mudah alih, mesti anda pernah berangan-angan nak bermain pada tahap lebih tinggi dengan menggunakan komputer permainan video. Walaupun anda boleh saja nak beli komputer permainan yang biasa, pemain sejati pasti tahu bahawa mesin permainan paling canggih adalah yang dibina sendiri untuk menepati citarasa peribadi seseorang pemain.
      Namun, membina komputer permainan video selalunya lebih mahal daripada yang disangka dan anda mungkin perlu menabung untuk membelinya - komputer yang paling berkuasa boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Jadi kami ada beberapa tip untuk membantu anda menyimpan wang untuk mendapatkan komputer permainan serba canggih yang anda idamkan!

      1. Lihat belanjawan anda
        Teliti belanjawan anda dan kira jumlah wang yang anda mampu ketepikan setiap bulan untuk membeli komputer permainan yang anda mahu. Anda mungkin terpaksa berjimat-cermat dan korbankan pembelian barang-barang yang kurang penting agar boleh menyimpan wang untuk tujuan ini.
        Sungguhpun begitu, jangan korbankan perkara yang mustahak, seperti menyimpan untuk persaraan, bayaran insurans dan hutang pinjaman. Sebaliknya, kurangkan belanja makan di luar atau membeli-belah untuk beberapa bulan yang akan datang, sehingga wang yang anda simpan sudah mencukupi untuk membeli komputer. Kalau anda tiada sebarang belanjawan, bacalah panduan kami kami untuk memahami bagaimana untuk merancang belanjawan.
      2. Buat senarai
        Senaraikan setiap perkakas yang anda perlu beli untuk membina komputer permainan video idaman anda. Ini perkakas asas yang anda perlukan:
      • Pemproses
      • Papan induk
      • Jalur ingatan
      • Unit pemprosesan grafik
      • Storan
      • Bekalan kuasa
      • Kerangka komputer
      • Set mikrofon dan fon kepala permainan
        Pastikan anda tinjau harga di sekurang-kurangnya tiga kedai yang berbeza untuk pastikan yang anda berjaya mendapatkan harga yang terbaik untuk setiap perkakas komputer yang dibeli. Kalau anda kurang pasti di mana nak bermula, dapatkan nasihat dari forum dalam talian tentang kedai-kedai yang biasa dikunjungi orang ramai dan apa kelebihannya (selalunya ahli-ahli forum seperti ini gemar berkongsi maklumat).
      1. Patuhi belanjawan anda
        Setelah mengetahui harga komputer permainan video serta jumlah wang yang anda boleh simpan setiap bulan, terus mulakan menabung dan jangan culas. Kalau komputer anda berharga RM5,000 dan anda mampu menyimpan RM500 setiap bulan, anda perlu menabung selama 10 bulan. Sekiranya harga komputer anda mencecah RM10,000, anda perlu menyimpan sehingga 20 bulan. Bunyinya macam agak lama, tapi yang paling penting anda perlu ikut belanjawan anda.
        Kalau anda menyimpang daripada belanjawan, akibatnya anda mungkin terpaksa ambil wang simpanan untuk perkara penting yang lain, atau anda terpaksa mengusik wang simpanan kecemasan atau persaraan anda.

      Perkara yang perlu diambil kira
      Kalau anda ada terfikir nak buat pinjaman peribadi untuk membeli komputer anda, anda patut tanya dua soalan berikut kepada diri sendiri:

      1. Dengan bermain komputer ini, boleh ke anda menjana wang untuk membayar balik pinjaman anda? Adakah komputer ini akan menjadi sumber pendapatan yang boleh membantu anda membayar balik pinjaman anda?
      2. Kalau tidak, adakah anda mampu membuat bayaran balik pinjaman tanpa menggunakan belanjawan untuk barang-barang keperluan anda?

      Sekiranya jawapannya ‘tidak’ untuk kedua-dua soalan tersebut, anda patut fikirkan semula hasrat untuk mengambil pinjaman. Ingat, setiap pinjaman akan dikenakan faedah. Pinjaman peribadi juga punca utama muflis di Malaysia - jadi berbaloi ke anda berhutang untuk sesuatu yang bukan satu keperluan? (Anda boleh baca panduan kami ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman peribadi.)
      Dengan mengambil langkah-langkah di atas, anda akan dapat mencapai matlamat memiliki komputer permainan yang bagus tanpa menjejaskan perkara lain dalam hidup anda. Cuba amalkan tip yang sama apabila menabung untuk pembelian besar yang lain juga!

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Merancang untuk Cuti-Cuti Malaysia
      Oktober 7, 2020

      Seterusnya

      Multiply Menjelaskan – Apa itu PERKESO?
      Oktober 14, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      resized-image-Promo (4)
      4 Cara Anda Masih Boleh Bergembira Menyambut Hari Raya Dalam Norma Baharu
      10 Mei, 2021
      Shopping
      5 Tip untuk Merancang Aktiviti Beli-Belah Hujung Tahun Anda
      2 Disember, 2020
      Online-shopping-
      Lapan Tip Membeli-belah Secara Online
      13 November, 2020

      Cari

      Artikel Terkini

      How Do You Respond to Inflation? 3 - Multiply - Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Bagaimana Anda Boleh Respon Kepada Inflasi?
      21Jul2022
      Should I Get A Motorcycle 5 - Multiply - Buying a Vehicle
      Patutkah Saya Beli Sebuah Motosikal
      02Jun2022
      5 Tips to Increase Your Salary 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      5 Tip Untuk Dapatkan Kenaikan Gaji
      23Mei2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      [email protected]

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      We are looking for people who are eager to make im We are looking for people who are eager to make impact in the nonprofit space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply.If you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      We’re looking for people who are eager to create We’re looking for people who are eager to create movements in the social impact space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply and more.So if you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on the bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      Want to own a credit card? Here's what you should Want to own a credit card? Here's what you should consider before becoming a credit card user. To learn more check out the link in our bio.
      Faster, easier, cheaper. But you will have to fact Faster, easier, cheaper. But you will have to factor in key aspects of your situation before deciding on a motorcycle.Find out what they are in our latest infographic! Click the link in our bio to check it out.

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      five × one =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      two × three =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!