• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Insurans

      3 Pelan Insurans Yang Anda Perlu Dapatkan Sekarang Untuk Lindungi Diri Anda Pada Hari Tua

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Insurans, Merancang Belanjawan, Persaraan
      • Tarikh November 19, 2021
      3 Insurance Plans You Need To Get Now To Protect Your Older Self 1 - Multiply - Insurance, Planning & Budgeting, Retirement

      Kebanyakan daripada kita tahu tentang kepentingan memiliki insurans. Tetapi, faktor masa apabila kita mendapatkan insurans juga sama penting. Kos yang perlu ditanggung dan keupayaan untuk mendapatkan insurans akan berubah dengan ketara apabila umur kita meningkat.

      3 Insurance Plans You Need To Get Now To Protect Your Older Self 3 - Multiply - Insurance, Planning & Budgeting, Retirement

      Klik untuk tonton video yang memberi maklumat asas tentang insurans perubatan

      Semakin kita berusia, kita lebih kerap jatuh sakit dan berhadapan dengan lebih banyak isu kesihatan. Pada peringkat ini, insurans bukan lagi satu jaminan yang anda boleh pilih untuk dapatkan pada bila-bila masa. Jika sebelum itu anda pernah jatuh sakit, anda mungkin akan menghadapi kesukaran mendapatkan perlindungan insurans disebabkan oleh pengecualian serta harga premium yang lebih tinggi.

      Jadi, apakah jenis-jenis insurans yang anda patut ambil sekarang untuk memastikan yang anda akan dilindungi apabila usia sudah meningkat kelak? Berikut 3 pelan insurans yang patut anda pertimbangkan:

      1. Kad Perubatan / Kemasukan ke Hospital

        Jika anda jatuh sakit, terlibat dalam kemalangan atau mengalami kecederaan, seelok-eloknya anda dan orang-orang yang anda sayang tidak perlu berhadapan dengan masalah kewangan akibat bil perubatan yang tinggi sehingga boleh menyebabkan anda terpaksa berhutang.

        Insurans kemasukan ke hospital atau kad perubatan akan menanggung kos perbelanjaan perubatan akibat kecederaan atau penyakit yang termasuk dalam skop perlindungan insurans kemasukan ke hospital / kad perubatan tersebut. Ia turut memberi perlindungan kewangan jika anda memilih untuk mendapatkan rawatan yang lebih mahal di hospital swasta. Ada juga pilihan untuk turut mendapat faedah pendapatan hospital, iaitu sejumlah elaun yang akan diberi untuk setiap hari anda menerima rawatan di hospital

        Bagi insurans perubatan dan kemasukan ke hospital, premium yang perlu dibayar bermula daripada RM33 sebulan sehingga RM340 sebulan1, bergantung pada had dan skop perlindungan yang dipilih.

        Untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang insurans perubatan, sila baca panduan kami.

      2. Insurans Hayat

        Perlindungan insurans hayat akan membuat pembayaran sekali gus jika anda meninggal dunia. Ia membantu menanggung apa-apa perbelanjaan terakhir dan turut memberi perlindungan sekiranya berlaku kecacatan menyeluruh dan kekal. Pengambilan insurans hayat membolehkan anda terus menjaga kebajikan orang tersayang serta dapat membantu melangsaikan apa-apa hutang yang mungkin ditinggalkan selepas anda meninggal dunia.

        Ada tiga jenis insurans hayat:

        Insurans Hayat Sementara Insurans Seumur Hidup Insurans Seumur Hidup Berkaitan Pelaburan
        • Paling popular di Malaysia
        • Memberi perlindungan hanya untuk tempoh tertentu dan ia wajar diambil jika anda mempunyai anak-anak yang ingin anda lindungi sehingga mereka cukup dewasa untuk menyara diri sendiri.
        • Tempoh perlindungan yang lebih singkat bermakna premium yang dikenakan adalah lebih rendah dan lebih mampu milik berbanding dengan jenis insurans hayat yang lain.
        • Memberi perlindungan untuk sepanjang hayat anda dan turut mengandungi bahagian simpanan. Anda boleh gunakan simpanan ini apabila perlu atau gunakan untuk membayar premium pada masa akan datang.
        • Lebih mahal berbanding insurans hayat sementara untuk jumlah perlindungan yang sama.
        • Gabungan polisi seumur hidup dan produk berkaitan pelaburan.
        • Sebahagian daripada bayaran yang akan dibuat bergantung pada prestasi produk pelaburan bagi polisi yang diambil.
        • Selalunya lebih mahal berbanding dengan polisi insurans hayat sementara dan insurans seumur hidup.

        Sebelum membuat keputusan tentang jenis insurans hayat yang patut anda ambil, tonton video kami, atau baca panduan kami untuk memahami topik insurans hayat dengan lebih mendalam.

      3. Penyakit Kritikal

        Jika anda mengambil pelan penyakit kritikal, pembayaran jumlah tertentu akan dibuat dengan sekali bayar jika anda didiagnosis menghidap penyakit yang mengancam nyawa. Contoh penyakit kritikal termasuk strok, serangan jantung, kanser, dan kegagalan organ. Bagi sesetengah orang, bayaran wang yang diterima daripada insurans ini digunakan untuk menggantikan wang yang telah digunakan untuk perbelanjaan perubatan.

        Jenis insurans ini juga boleh dimanfaatkan sebagai satu bentuk penggantian pendapatan. Penggantian pendapatan penting jika anda pencari nafkah tunggal bagi keluarga anda, atau jika anda mempunyai tanggungan yang bergantung pada anda untuk menyara mereka. Jika anda jatuh sakit, anda mungkin tidak dapat bekerja dan terpaksa bercuti buat sementara waktu. Kadangkala, penyakit kritikal juga membawa kesan tertentu yang mungkin menjejaskan keupayaan anda untuk menjalankan pekerjaan anda.

        Premium untuk insurans penyakit kritikal selalunya bergantung pada keadaan kesihatan anda ketika anda mengambil pelan tersebut dan jumlah penyakit yang dilindungi oleh pelan tersebut, serta faedah-faedah lain. Tetapi, pelan insurans seperti ini boleh bermula serendah RM10 sebulan yang dapat memberikan anda perlindungan untuk 3 jenis penyakit kritikal.2

      Bagaimana Cara Untuk Membeli Insurans?

      Berikut langkah-langkah yang lazimnya perlu diambil apabila mahu membeli insurans:

      1. Berbincang dengan seorang ejen atau hubungi terus syarikat insurans untuk dapatkan pelan yang boleh memenuhi keperluan anda serta bersesuaian dengan belanjawan anda. Anda juga patut membuat perbandingan antara pelbagai jenis pelan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans yang berlainan untuk memastikan anda memilih pelan yang memberikan perlindungan terbaik berdasarkan kemampuan anda.
      2. Setelah anda memilih pelan yang anda mahu, syarikat insurans atau ejen insurans akan membantu anda untuk mendaftar. Anda mungkin perlu menjalani pemeriksaan perubatan, bergantung pada sejarah perubatan anda atau latar belakang keluarga anda. Perlindungan yang akan anda terima serta premium yang perlu anda bayar bergantung pada keputusan pemeriksaan perubatan tersebut.
      3. Selalunya, anda perlu membayar premium yang pertama apabila anda mendaftar. Selepas itu, anda akan membayar premium insurans anda secara bulanan atau tahunan.

      Untuk pelajari dengan lebih lanjut tentang apa yang anda perlu tahu apabila membeli insurans, baca panduan kami.

      Dah Bersedia Untuk Lindungi Diri Anda Pada Hari Tua?

      Kos insurans perlu diimbangi dengan belanjawan bulanan/tahunan anda serta matlamat kewangan anda yang lain. Jadi, anda perlu buat keputusan tentang jumlah wang yang mampu anda peruntukkan untuk membayar premium sebelum anda mula mencari pelan insurans. Jika anda risau tentang kos pembayaran pelan insurans, anda boleh juga dapatkan maklumat tentang skim insurans yang disediakan oleh kerajaan.

      Kesimpulannya, insurans penting untuk melindungi diri anda serta keluarga anda dari segi kewangan jika anda menghadapi masalah perubatan. Jadi, cubalah dapatkan sekurang-kurangnya satu pelan asas sekarang yang akan dapat membantu mengurangkan beban kewangan anda pada masa hadapan.

      Untuk membantu anda memahami insurans dengan lebih lanjut, bacalah panduan kami tentang insurans perubatan dan insurans hayat.


      1 https://www.imoney.my/medical-insurxance

      2 http://www.fwd.com.my/direct/big-3-critical-illness

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Apa Yang Anda Boleh Dapat Daripada Bajet 2022?
      November 19, 2021

      Seterusnya

      Apakah Saham Dividen?
      November 24, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      Carousel – Budgeting 1-01
      Nak kembangkan simpanan anda?
      1 Disember, 2022
      Retirement Savings Blog Header (1)
      Mampukah Anda Untuk Bersara?
      18 Oktober, 2022
      inflasi
      Bagaimana Anda Boleh Respon Kepada Inflasi?
      21 Julai, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Want to grow your savings? 5 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022
      Can You Afford to Retire? 7 - Multiply - Retirement
      Mampukah Anda Untuk Bersara?
      18Okt2022
      A Beginner’s Guide to Crypto in Malaysia 9 - Multiply - Saving & Investing
      Panduan Pemula untuk Kripto di Malaysia
      24Ogo2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      We are looking for people who are eager to make im We are looking for people who are eager to make impact in the nonprofit space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply.If you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      We’re looking for people who are eager to create We’re looking for people who are eager to create movements in the social impact space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply and more.So if you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on the bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      Want to own a credit card? Here's what you should Want to own a credit card? Here's what you should consider before becoming a credit card user. To learn more check out the link in our bio.
      Faster, easier, cheaper. But you will have to fact Faster, easier, cheaper. But you will have to factor in key aspects of your situation before deciding on a motorcycle.Find out what they are in our latest infographic! Click the link in our bio to check it out.

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      16 + 8 =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      one × 5 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!